Wednesday, May 25, 2016

Tentang Stress Away


Stress Away adalah salah satu minyak pati campuran (essential oil blend) yang perlu ada dalam setiap rumah. Stress Away adalah campuran minyak pati Copaiba, Lime, Vanilla, Ocotea, Lavender dan Cedarwood. Haruman tropika dan sitrus ini dapat memberikan rasa tenang dan relaks. Ianya sangat sesuai untuk keseimbangan mental dan fikiran. Membantu kita dari perasaan marah, tertekan dan juga serangan panik. Selain itu, Stress Away juga dapat melegakan sakit tengkuk. Caranya, sapu sedikit di bahagian tengkuk dan kita akan merasa lebih relaks. Stress Away juga amat sesuai untuk membantu dan mengawal sebarang masalah yang berkaitan dengan kesan PMS (pre-menstrual syndrome). Kita akan dapat tidur dengan lebih nyenyak dan tenang bila minyak pati ini digunakan semasa tidur dengan menggunakan diffuser.

Penat bekerja di pejabat atau rumah. Lenguh menghadap komputer sepanjang hari. Cuba Stress Away. Semoga kurang rasa stress dan hadir rasa tenang. ;)

Untuk info lanjut, Whatsapp 0164518423 (Fazira) 

Sunday, May 15, 2016

Tentang Cedarwood (Part II) - Rasa segar di pagi hari ini walaupun sangat penat seharian semalam

Assalamualaikum Hai.. apa kabar semua? :)

Sudah beberapa minggu tak menulis di sini. Agak sibuk jugak dengan kerja dan urusan harian.

Semalam saya ke Shah Alam, ada training on FB Ads. Menarik kursusnya. Sesuai untuk sesiapa yang ada buat perniagaan secara online. Kalau memang nak lebih serius, elok sangat hadirkan diri ke kursus sebegitu. Nak info lanjut tentang ini, boleh meses saya ok. Saya boleh bantu setakat yang termampu. Masih banyak untuk dipelajari.

Perjalanan saya bermula seawal jam 5.00 pagi. Dari Sungai Petani saya ke Penang Airport, suami yang hantar. Flight ke KLIA pukul 6.25 pagi. Sampai di KLIA, saya sarapan dulu sebelum bergerak ke Shah Alam dengan Airport Taxi. Sampai di Shah Alam jam 9.00, kursus bermula jam 10.30 pagi. Separuh hari berkursus masih ok. Lepas makan tengahari kursus bersambung semula. Sesi petang lebih sarat sebab masa terhad jadi banyak info yang diberikan oleh penceramah. Hehe. Adoi la. Tepu sungguh rasa dalam otak. Macam nak muntah pun ada. Haha.

Selesai kursus saya ke stesen komuter di Padang Jawa. Kawan yang hantar. Naik komuter dari Padang Jawa jam 6.32 petang dan sampai di KL Sentral jam 7.12 petang. ETS balik ke Butterworth jam 8.00 malam. Sementara tunggu ETS, saya makan roti sosej dua keping dan air teh limau. ETS gerak tepat jam 8.00. Saya mula rasa tak selesa beberapa minit kemudian. Mungkin sebab banyak tengok henpon masa dalam ETS tu. Perut rasa menggelodak. Kepala pun pening sungguh. Pakcik di seat belakang rancak berbual dengan anak dan kawannya memalui telefon. Empat orang kakak di seat sebelah pun rancak bersembang tentang trip shopping tudung mereka di Jalan TAR. Buat saya rasa lebih kurang selesa. Huhu. Maafkan saya. Saya tidur.

Bangun dari tidur, masih pening. Rasa nak muntah. Tak tahu nak buat macamana, saya pun sapu Stress Away sikit di brain stem (belakang tengkuk). Saya cuma bawa Stress Away dan Believe semalam. Hihu. Kemudian saya ke tandas, dah pening sangat. Memang muntah sungguh! Haha. Maaf kalau tak selesa dengan cerita saya ni. Lepas muntah, terus rasa lega! Lepas setengah jam, saya sampai di Butterworth, suami yang jemput. Dah pukul 12.15 malam masa tu. Terus balik ke Sungai Petani, singgah makan roti planta dulu di kedai mamak. Sebab dah muntah tadi, jadi saya makan dua keping roti planta, hahaha. Sampai di rumah pun dah lewat, lebih kurang jam 2.00 pagi. Lepas mandi, dan kemas-kemas barang sikit, saya rasa mungkin 2.45 pagi baru saya tertidur. Badan memang letih sungguh...

Sebelum tidur tu saya pasang diffuser dan titikkan 2 titik Lavender dan 2 titik Cedarwood.

Bangun pagi tadi, alhamdu lillah, saya rasa segar, senang nak bangun (walaupun dah terlambat, subuh gajah makcik. pukul 7.45 baru sedar. huhu). Tapi kepala rasa ringan dan tak pening dah. Memang segar. Lepas bersiap saya terus ke pejabat. Tak tidur lagi sampai sekarang. Hehe. Baru jam 4.35 petang.

Dan tadi, saya dapat ini dari emel Tidbits from Frances Fuller hari ini:

"Could you get excited about having better brain function? Scientific research determined several years ago that sesquiterpines have the ability to cross the blood-brain barrier, allowing the cells of the brain to be oxygenated directly without having to go through the circulatory system. It is lack of oxygen that is the primary cause of mental fatigue and lack of clarity. CEDARWOOD essential oil has the highest percentage of sesquiterpines of any natural substance. This means that within seconds of inhaling the delicious aroma, the tiny molecules are on their way to your brain to oxygenate and revitalize the tired brain cells! Imagine the benefits of inhaling cedarwood while studying or working……or in an important business meeting!"

Memang tepat sekali penerangan dia (sekurang-kurangnya berkesan untuk saya). Cedarwood dapat membantu menyegarkan sel otak yang penat! Haha. Mungkin itu yang berlaku kat saya semalam. Otak dah jammed. Banyak sangat belajar ilmu baru. Dah tu lagi penat pulak travelling sepanjang hari. Dari pagi sampai ke pagi. Huhu. Tapi alhamdu lillah. Semuanya jadi segar bugar di awal pagi, selepas 5 jam peniduran. Hehe.

Sekian cerita saya dan Cedarwood. Hehe.

Nak cuba Cedarwood? Atau minyak pati lain.


Bole hubungi saya melalui Whatsapp di 0164518423.

;)

 

Fazira Albaijure
#genglemon