Thursday, December 15, 2016

Sakit Perut? Rawatan secara alami dengan minyak pati tumbuhan

Assalamualaikum
Hi semua

Pernah tak ada masalah nak ke tandas, tapi tak betul betul 'ready' lagi? Huhu.. Macam sebu gitu. Tak selesa. Biasanya kak Min akan minum air masak dan tunggu sekejap. Lepas beberapa minit baru bole ke tandas untuk menyelesaikan hajat. Kadang kadang jadi, kadang kadang tak berapa nak jadi. Hiks.

Kali ni kak Min nak share macamana Essential Oil ni boleh bantu selesaikan masalah sakit perut - CIRIT BIRIT atau SEMBELIT secara alami. Natural ja.

Boleh gunakan sama ada Peppermint atau DiGize.

Letak setitik atau dua kat tapak tangan, dan sapukan di perut. 

Kalau SEMBELIT - susah nak membuang - sapu ikut ARAH JAM

Kalau CIRIT BIRIT - terlebih membuang - sapu ikut ARAH LAWAN JAM

Kenapa?

Sebab usus kita ni kedudukan alirannya adalah daripada kanan ke kiri - boleh rujuk grafik yang kakMin sharekan tu ya. Klik gambar untuk saiz imej penuh.

Jadi, untuk menghentikan cirit birit, kita urut arah lawan jam - iaitu arah lawan aliran dalam usus kita. Begitu juga sebaliknya, untuk sembelit, kita urut arah aliran dalam usus kita, iaitu arah jam.

Ok ke ok?

Hehe.

Mudah mudahan bermanfaat. InshaAllah.

Apa apa boleh wasap kakMin kat 0164518423 ok

Atau ke FB Page - Geng Lemon #YoungLiving





Thursday, December 1, 2016

Hello Disember

Assalamualaikum
Hi Semua.. Apa kabar.

Kak Min nak share tawaran hebat yang YL bagi untuk bulan Disember ni. Sharing is caring kann hehe...







Monday, November 28, 2016

Tentang ABUNDANCE

ABUNDANCE – bagaimana cara terbaik untuk menggunakannya?

Cara yang terbaik ialah cara yang KITA rasa terbaik! :)

Antara cara penggunaan yang sering digunakan ialah
Diffuse (menggunakan Diffuser)
• Setitik di belakang telinga sebagai haruman
• Letakkan setitik di tapak tangan, gosokkan kedua-dua tapak tangan, dan rasakan tenaga keseluruhan

Semasa menggunakan ABUNDANCE, pastikan kita hanya berfikiran POSITIF. Minyak pati campuran ini adalah berkaitan “tarikan” atau “attraction” - dan ianya akan tertarik kepada apa yang kita fikirkan – fokus kita. Kalau kita fokus kepada perkara negatif, kita mungkin akan menarik lebih banyak unsur negatif. Adakah ini yang kita nak pilih? Jadi, buang yang negatif. Pastikan hanya ada yang POSITIF! :)

Nota: Aroma ABUNDANCE mungkin sedikit kuat dan mungkin menjengkelkan bagi sesetengah dari kita. Frekuensinya Cuma mungkin akan membuatkan kita tidak selesa. Jadi, gunakan sebaiknya – tambahan bila kita akan berada dalam keadaan yang rapat dan hamper dengan orang lain.

Harga Retail: RM 221.05
Harga Istimewa Geng Lemon: RM 185
Harga Istimewa YL 28 – 30 November: RM157.25

Tuesday, November 15, 2016

Gentle Baby - Formulasi Baru di Pasaran mulai 17 November 2016

GENTLE BABY ni antara oil yang sangat baik untuk IBU dan ANAK. Dah lama takda dalam stok di YL Malaysia. Sejak Kak Min join YL Februari lepas, memang takpernah dapat beli GB ni.

Esok, YL akan perkenalkan GB dengan formulasi baru. Yayy!
Jom pakat ode ramai ramai.

GENTLE BABY
RM97 (MP)
RM127.63 (RP)
RM107 (Special Price utk non-member yang beli dari Kak Min)

Meh WA 0164518423 ok ;)





TAWARAN ISTIMEWA - NINGXIA RED Pek 6


Assalamualaikum
Hi Semua

Kak Min nak share dengan semua. Ada offer baik punya dari Young Living untuk Ningxia Red!

Biasanya Ningxia Red dijual dalam pek 2 atau pek 4 (selalu out of stock).
Pek 2 berharga RM316 (MP) RM415.79 (RP)
Pek 4 berharga RM566 (MP) RM744.73 (RP)

Untuk TEMPOH TERHAD, Young Living bawa masuk stok Pek 6 dari hari ni 16 NOVEMBER 2016 sehingga 30 NOVEMBER 2016 sahaja!

Pek 6 berharga RM835 (MP) RM1,098.69 (RP)

Sebotol cuma berharga RM139 saja!

Meh la ode beramai ramai. Boleh WA Kak Min kat 0164518423 untuk tempahan ok.

NINGXIA RED 
minuman kesihatan terbaik untuk kita sekeluarga :)


Sunday, November 13, 2016

NINGXIA RED

Assalamualaikum
Selamat Sejahtera

Hai semua. Dah lama Kak Min tak bersiaran hehe.

Harap semua sihat dan terima kasih sebab sudi ke blog Kak Min ni.

Hari ni Kak Min nak cerita tentang Ningxia Red (seperti yang dijanjikan lama dulu, hihu)


APA ITU NINGXIA RED?
Ningxia Red adalah minuman kesihatan atau supplemen yang berfungsi untuk membekalkan nutrisi harian kita seperti Kalsium, Magnesium, Kalium, dan Natrium. Turut membekalkan 19 asid amino dan 22 mineral serta Vitamin A, C, E, B1, B2, dan B6. Kandungan utamanya ialah Beri Goji (Wolfberry) yang ditanam di daerah Ningxia, China. Secara tradisionalnya, beri goji adalah sangat baik untuk membantu fungsi hati, buah pinggang, darah, dan mata. Ningxia Red juga mengandungi campuran blueberry, aronia, ceri, delima, dan jus plum, serta ekstrak stevia asli, ekstrak biji anggur, ekstrak vanilla, dan oren, jua minyak pati yuzu, lemon dan tangerine; menjadikan Ningxia Red minuman yang tinggi dengan antioksidan.

PENGAMBILAN NINGXIA RED
Hanya perlu minum 60ml (2oz.) dua kali sehari untuk mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan secara semulajadi.

KEBAIKAN NINGXIA RED
Banyak sangat kebaikan. Nanti Kak Min share lagi dalam entry berikutnya ok.

Kalau ada yang berminat nak cuba, meh Whatsapp Kak Min ok. 0164518423.

:)

#ningxiared #youngliving #hariharimau #seharitakminummestirinduhaha


Tuesday, August 9, 2016

Sharing Session - 12 August 2016 - Sungai Petani




KECANTIKAN, KESIHATAN & 
KEHARMONIAN PERASAAN SECARA ALAMI

🌷🌱🌷🌱🌷🌱🌷🌱🌷🌱🌷🌱🌷
.
Young Living Essential Oil
.
💕SHARING SESSION
bersama
Puan Raja Rohaisham
Encik Mohd. Affandi 
.
SEMUA DIJEMPUT HADIR! 😚
.
12 Ogos 2016 (Jumaat)
9.30 pagi - 12.30 tengahari
Rumah Persatuan Pandu Puteri
Sungai Petani
.
↪Pengenalan: Tentang Minyak Pati YL (YL Essential Oil)
↪ Minyak Pati untuk Kecantikan
↪ Sihat Secara Alami bersama Young Living
↪ Bagaimana Minyak Pati Digunakan Untuk Keharmonian Perasaan
.
❤ MENARIK!
✔ Cara/Teknik Penggunaan Minyak Pati
✔ Cabutan Bertuah
✔ Aroma Bag
✔ Demo & Jualan 
✔ Pendaftaran Keahlian 
.
☡DAFTAR #JomOiling
😊 Fazira 0164518423
😊 Sofiah 0134224535
😊 Nur Saliza 0124040623
.
Jamuan ringan disediakan 🍪☕

Saturday, June 11, 2016

Antara Essential Oil dan Supplement yang Menarik dan Terbaik dari YL Singapore

Assalamualaikum dan Hi semua :)

Semuga ibadah Ramadhan berlangsung dengan baik dari sehari ke sehari

Saya nak share beberapa essential oil dan supplement dari Young Living yang menarik dan terbaik yang belum lagi masuk ke pasaran YL Malaysia, tetapi boleh didapati dari Young Living Singapore.

Antara essential oil yang sangat bermanfaat yang boleh didapati ialah Dorado Azul, Juniper, Mister dan Vetiver.

Untuk supplement pula - Sulfurzyme, Alkalime, dan Super-C.

Banyak tempahan yang saya dapat untuk item-item ini dalam tempoh tiga bulan yang lepas.

Info lanjut tentang essential oil dan supplement ini saya ada kongsikan di dalam infografik di bawah ini ok ;)

Untuk sebarang tempahan dan info lebih lanjut, boleh hubungi saya melalui Whatsapp di 0164518423


 






Wednesday, June 1, 2016

Joy & Forgiveness: Kebahagiaan dan Kemaafan untuk Ramadhan dan Syawal




Bestt kan..? Joy dan Forgiveness. Dua oil yang sangat menarik.
Sesuai dengan tema bulan puasa dan bulan raya ni.. Kemaafan dan Kebahagian gituu.. Hehe..
Pastu ada pulak Breathe Again Roll-on. Maklumlah kan, dalam bulan Puasa nanti ni dan Hari Raya, mana tau nanti terlupa nak kawal makan minum, asyik minum air sejuk, sampai batuk-batuk, elok juga readykan Breathe Again ni. Selit ja kat henbeg baru tu nanti.. Kan senang? Huhu. 
Dan yang terbaikk, bukan hanya pada musim Ramadhan dan Raya, tapi untuk semua musim, Ningxia Red. Setiap rumah mesti beli. Mesti ada. Minuman supplemen yang sangat sangat sangat baik.

Saya akan buat entry lain untuk share tentang Ningxia Red nanti. Nantikan ok ;)

---

PROMO untuk JUN 2016 dan bermula hari ni ya. 


Boleh Whatsapp saya di 0164518423 untuk info lanjut tentang bagaimana anda boleh mendapatkan semua ini dan diskaun sehingga 24% dengan setiap pembelian. :)

Wednesday, May 25, 2016

Tentang Stress Away


Stress Away adalah salah satu minyak pati campuran (essential oil blend) yang perlu ada dalam setiap rumah. Stress Away adalah campuran minyak pati Copaiba, Lime, Vanilla, Ocotea, Lavender dan Cedarwood. Haruman tropika dan sitrus ini dapat memberikan rasa tenang dan relaks. Ianya sangat sesuai untuk keseimbangan mental dan fikiran. Membantu kita dari perasaan marah, tertekan dan juga serangan panik. Selain itu, Stress Away juga dapat melegakan sakit tengkuk. Caranya, sapu sedikit di bahagian tengkuk dan kita akan merasa lebih relaks. Stress Away juga amat sesuai untuk membantu dan mengawal sebarang masalah yang berkaitan dengan kesan PMS (pre-menstrual syndrome). Kita akan dapat tidur dengan lebih nyenyak dan tenang bila minyak pati ini digunakan semasa tidur dengan menggunakan diffuser.

Penat bekerja di pejabat atau rumah. Lenguh menghadap komputer sepanjang hari. Cuba Stress Away. Semoga kurang rasa stress dan hadir rasa tenang. ;)

Untuk info lanjut, Whatsapp 0164518423 (Fazira) 

Sunday, May 15, 2016

Tentang Cedarwood (Part II) - Rasa segar di pagi hari ini walaupun sangat penat seharian semalam

Assalamualaikum Hai.. apa kabar semua? :)

Sudah beberapa minggu tak menulis di sini. Agak sibuk jugak dengan kerja dan urusan harian.

Semalam saya ke Shah Alam, ada training on FB Ads. Menarik kursusnya. Sesuai untuk sesiapa yang ada buat perniagaan secara online. Kalau memang nak lebih serius, elok sangat hadirkan diri ke kursus sebegitu. Nak info lanjut tentang ini, boleh meses saya ok. Saya boleh bantu setakat yang termampu. Masih banyak untuk dipelajari.

Perjalanan saya bermula seawal jam 5.00 pagi. Dari Sungai Petani saya ke Penang Airport, suami yang hantar. Flight ke KLIA pukul 6.25 pagi. Sampai di KLIA, saya sarapan dulu sebelum bergerak ke Shah Alam dengan Airport Taxi. Sampai di Shah Alam jam 9.00, kursus bermula jam 10.30 pagi. Separuh hari berkursus masih ok. Lepas makan tengahari kursus bersambung semula. Sesi petang lebih sarat sebab masa terhad jadi banyak info yang diberikan oleh penceramah. Hehe. Adoi la. Tepu sungguh rasa dalam otak. Macam nak muntah pun ada. Haha.

Selesai kursus saya ke stesen komuter di Padang Jawa. Kawan yang hantar. Naik komuter dari Padang Jawa jam 6.32 petang dan sampai di KL Sentral jam 7.12 petang. ETS balik ke Butterworth jam 8.00 malam. Sementara tunggu ETS, saya makan roti sosej dua keping dan air teh limau. ETS gerak tepat jam 8.00. Saya mula rasa tak selesa beberapa minit kemudian. Mungkin sebab banyak tengok henpon masa dalam ETS tu. Perut rasa menggelodak. Kepala pun pening sungguh. Pakcik di seat belakang rancak berbual dengan anak dan kawannya memalui telefon. Empat orang kakak di seat sebelah pun rancak bersembang tentang trip shopping tudung mereka di Jalan TAR. Buat saya rasa lebih kurang selesa. Huhu. Maafkan saya. Saya tidur.

Bangun dari tidur, masih pening. Rasa nak muntah. Tak tahu nak buat macamana, saya pun sapu Stress Away sikit di brain stem (belakang tengkuk). Saya cuma bawa Stress Away dan Believe semalam. Hihu. Kemudian saya ke tandas, dah pening sangat. Memang muntah sungguh! Haha. Maaf kalau tak selesa dengan cerita saya ni. Lepas muntah, terus rasa lega! Lepas setengah jam, saya sampai di Butterworth, suami yang jemput. Dah pukul 12.15 malam masa tu. Terus balik ke Sungai Petani, singgah makan roti planta dulu di kedai mamak. Sebab dah muntah tadi, jadi saya makan dua keping roti planta, hahaha. Sampai di rumah pun dah lewat, lebih kurang jam 2.00 pagi. Lepas mandi, dan kemas-kemas barang sikit, saya rasa mungkin 2.45 pagi baru saya tertidur. Badan memang letih sungguh...

Sebelum tidur tu saya pasang diffuser dan titikkan 2 titik Lavender dan 2 titik Cedarwood.

Bangun pagi tadi, alhamdu lillah, saya rasa segar, senang nak bangun (walaupun dah terlambat, subuh gajah makcik. pukul 7.45 baru sedar. huhu). Tapi kepala rasa ringan dan tak pening dah. Memang segar. Lepas bersiap saya terus ke pejabat. Tak tidur lagi sampai sekarang. Hehe. Baru jam 4.35 petang.

Dan tadi, saya dapat ini dari emel Tidbits from Frances Fuller hari ini:

"Could you get excited about having better brain function? Scientific research determined several years ago that sesquiterpines have the ability to cross the blood-brain barrier, allowing the cells of the brain to be oxygenated directly without having to go through the circulatory system. It is lack of oxygen that is the primary cause of mental fatigue and lack of clarity. CEDARWOOD essential oil has the highest percentage of sesquiterpines of any natural substance. This means that within seconds of inhaling the delicious aroma, the tiny molecules are on their way to your brain to oxygenate and revitalize the tired brain cells! Imagine the benefits of inhaling cedarwood while studying or working……or in an important business meeting!"

Memang tepat sekali penerangan dia (sekurang-kurangnya berkesan untuk saya). Cedarwood dapat membantu menyegarkan sel otak yang penat! Haha. Mungkin itu yang berlaku kat saya semalam. Otak dah jammed. Banyak sangat belajar ilmu baru. Dah tu lagi penat pulak travelling sepanjang hari. Dari pagi sampai ke pagi. Huhu. Tapi alhamdu lillah. Semuanya jadi segar bugar di awal pagi, selepas 5 jam peniduran. Hehe.

Sekian cerita saya dan Cedarwood. Hehe.

Nak cuba Cedarwood? Atau minyak pati lain.


Bole hubungi saya melalui Whatsapp di 0164518423.

;)

 

Fazira Albaijure
#genglemon

Wednesday, April 20, 2016

Cara Menggunakan Minyak Pati Young Living - Aromatik (Aromatically)

Sambungan daripada entry yang lepas.

Cara Kedua - Aromatically

Aromatically adalah cara penggunaan yang sangat berkesan untuk minyak pati ini.

Ada pelbagai kaedah untuk menggunakan minyak pati menggunakan cara aromatik ini.





gambar ihsan google: Cara aromatik


Kaedah pertama - Diffuse

Kaedah ini diaplikasikan dengan menggunakan diffuser. Terdapat pelbagai jenis diffuser yang boleh digunakan, termasuk dew drop diffuser seperti dalam gambar kat bawah ni. Kita boleh memasang diffuser yang telah dimasukkan beberapa titik minyak pati, mengikut kesesuaian, pada setiap hari, di sebelah, pagi, sepanjang hari, atau sebelum tidur.

Saya suka letakkan Lavender dan Cedarwood, dan kadangkala saya campurkan sedikit Lemongrass, untuk resapan setiap malam sebelum tidur. Diffuser akan terpasang selama lebih kurang empat jam, dan terpadam sendiri bila air dalam bekas mengering. Tidur rasa sangat nyenyak dan selesa, bangun pagi pun rasa segar~


gambar ihsan google: Dew Drop Diffuser 

Kaedah kedua - Inhale

Titiskan minyak pada tapak tangan dan gosokkan perlahan kedua-dua tapak tangan. Pekapkan pada hidung dan tarik nafas dalam-dalam untuk menghidu minyak pati tersebut.

Kalau mengantuk atau sakit kepala, Peppermint adalah minyak yang sesuai untuk dihidu. Menangkap sampai ke hujung otak! Hihi. Cubalah nanti. Memang terus segar..


Kaedah ketiga - Mandian

Kita boleh memilih sama ada untuk menitikkan dua tiga titis minyak pada lantai semasa menggunakan shower panas. Semasa mandi, hidu dalam-dalam aroma minyak tersebut. Atau boleh juga menitiskan dua tiga titik minyak ke dalam tub atau kolah dalam bilik mandi. Mandi menggunakan air tersebut untuk bilasan terakhir. Lavender adalah sesuai untuk menyegarkan badan selepas seharian penat bekerja.


Kaedah keempat - Pencuci di rumah

Campuran minyak pati ke dalam bahan pencuci di rumah juga adalah sangat baik. Haruman minyak pati akan melekat di sekitar rumah dan ini akan memberikan kita pengudaraan dan persekitaran yang segar dan sihat.

Thieves adalah minyak pati yang baik untuk dicampurkan ke dalam bahan pencuci di rumah.


Kaedah kelima - Sapu pada bantal dan selimut

Sapukan sedikit minyak pada sarung bantal dan selimut supaya kita dapat menghidu secara aromatik minyak tersebut semasa tidur. Fikiran akan menjadi tenang terutamanya apabila menggunakan minyak Lavender dan Cedarwood. Cubalah, anda pasti terasa kelainannya.

Kalau ada sebarang soalan, boleh majukan kat saya terus ok ;)