Wednesday, April 20, 2016

Cara Menggunakan Minyak Pati Young Living - Aromatik (Aromatically)

Sambungan daripada entry yang lepas.

Cara Kedua - Aromatically

Aromatically adalah cara penggunaan yang sangat berkesan untuk minyak pati ini.

Ada pelbagai kaedah untuk menggunakan minyak pati menggunakan cara aromatik ini.





gambar ihsan google: Cara aromatik


Kaedah pertama - Diffuse

Kaedah ini diaplikasikan dengan menggunakan diffuser. Terdapat pelbagai jenis diffuser yang boleh digunakan, termasuk dew drop diffuser seperti dalam gambar kat bawah ni. Kita boleh memasang diffuser yang telah dimasukkan beberapa titik minyak pati, mengikut kesesuaian, pada setiap hari, di sebelah, pagi, sepanjang hari, atau sebelum tidur.

Saya suka letakkan Lavender dan Cedarwood, dan kadangkala saya campurkan sedikit Lemongrass, untuk resapan setiap malam sebelum tidur. Diffuser akan terpasang selama lebih kurang empat jam, dan terpadam sendiri bila air dalam bekas mengering. Tidur rasa sangat nyenyak dan selesa, bangun pagi pun rasa segar~


gambar ihsan google: Dew Drop Diffuser 

Kaedah kedua - Inhale

Titiskan minyak pada tapak tangan dan gosokkan perlahan kedua-dua tapak tangan. Pekapkan pada hidung dan tarik nafas dalam-dalam untuk menghidu minyak pati tersebut.

Kalau mengantuk atau sakit kepala, Peppermint adalah minyak yang sesuai untuk dihidu. Menangkap sampai ke hujung otak! Hihi. Cubalah nanti. Memang terus segar..


Kaedah ketiga - Mandian

Kita boleh memilih sama ada untuk menitikkan dua tiga titis minyak pada lantai semasa menggunakan shower panas. Semasa mandi, hidu dalam-dalam aroma minyak tersebut. Atau boleh juga menitiskan dua tiga titik minyak ke dalam tub atau kolah dalam bilik mandi. Mandi menggunakan air tersebut untuk bilasan terakhir. Lavender adalah sesuai untuk menyegarkan badan selepas seharian penat bekerja.


Kaedah keempat - Pencuci di rumah

Campuran minyak pati ke dalam bahan pencuci di rumah juga adalah sangat baik. Haruman minyak pati akan melekat di sekitar rumah dan ini akan memberikan kita pengudaraan dan persekitaran yang segar dan sihat.

Thieves adalah minyak pati yang baik untuk dicampurkan ke dalam bahan pencuci di rumah.


Kaedah kelima - Sapu pada bantal dan selimut

Sapukan sedikit minyak pada sarung bantal dan selimut supaya kita dapat menghidu secara aromatik minyak tersebut semasa tidur. Fikiran akan menjadi tenang terutamanya apabila menggunakan minyak Lavender dan Cedarwood. Cubalah, anda pasti terasa kelainannya.

Kalau ada sebarang soalan, boleh majukan kat saya terus ok ;)


Tuesday, April 19, 2016

Cara menggunakan Minyak Pati Young Living - Sapuan (Apply topically)

Ada pelbagai cara yang disyorkan untuk menggunakan dan mengaplikasikan minyak pati ini, bergantung kepada kesesuaian dan tujuan penggunaan.


Cara Pertama - Apply Topically

Cara yang pertama ialah topically, atau sapuan luaran. Sapuan boleh dilakukan dengan hanya menggunakan minyak pati ataupun dicampur bersama carrier oil (minyak pembawa) seperti minyak V6 (V6 vegetable oil), minyak kelapa, minyak zaitun, atau minyak jojoba.

Terdapat beberapa tempat yang sesuai untuk disapu, juga bergantung kepada tujuan penggunaan.
Sebagai contoh:

::Untuk luka-luka kecil atau kegatalan di kulit, titikkan Minyak Pati Lavender dan/atau Melrose di tapak tangan dan terus sapukan ke tempat yang bermasalah tersebut.

::Untuk penjagaan dan rawatan kulit muka, titikkan Frankinsence ke tapak tangan, ratakan, dan tekapkan perlahan lahan di muka.

:: Untuk anak-anak yang mengalami selsema, demam dan batuk, sapukan minyak pati Thieves pada tapak kaki, pergelangan kaki dan pergelangan tangan.

:: Untuk rawatan sakit lulut atau lenguh sendi kaki, sapukan minyak pati Pan Away yang telah dicampur bersama minyak V6 di sekitar tempat yang terasa lenguh tersebut, dan juga di sepanjang tulang belakang.

Dan terdapat pelbagai lagi tempat yang boleh disapu. Young Living juga menggalakkan Teknik Rain Drop (Rain Drop Technique) untuk rawatan tulang belakang. Saya akan kongsikan nanti di entry akan datang, inshaAllah. Sapuan juga digalakkan untuk dibuat pada tapak kaki yang terdapat pelbagai pusat refleksologi dengan menggunakan teknik Vita Flex, satu teknik yang sangat mudah tetapi sangat memberikan kesan.

Sedikit info tentang cara mempraktikkan teknik Vita Flex: Titikkan minyak pada hujung jari dan letakkan jari dalam keadaan rata di atas permukaan kulit. Tekan pada tekanan sederhana supaya jari dalam keadaan tegak hingga ke hujung kuku. Kemudian gerakkan (slide) tangan ke depan sejarak setengah inci. Teruskan mengulang teknik ini sehingga meliputi ke keseluruhan kawasan Vita Flex.
gambar ihsan Google: Vita Flex Technique


Selain dari itu, kita juga boleh membuat oil blend (campuran minyak) serta campuran dengan menggunakan lain-lain bahan seperti aloe vera, epsom salt, sabun, syampu, dan krim muka. Saya akan kongsikan juga beberapa resepi oil blends dan DIY beauty & health care nanti.


Cara Kedua - Aromatically

...akan disambung dalam entry yang berikutnya. ;)


Fazira Albaijure 
 Independent Distributor 3680544 
 #GengLemon 
 Sungai Petani / Kulim, Kedah 
 Whatsapp: 0164518423

Monday, April 18, 2016

Tentang Frankinsence


Satu lagi minyak yang saya sangat suka ialah Frankinsence.

Minyak pati ini dihasilkan daripada pokok Frankinsence yang ditanam di Afrika Selatan. Harganya boleh tahan. Hehe. Tapi khasiatnya sangat sangat baik.

Frankinsence sangat bagus digunakan untuk kesihatan dan kecantikan kulit, khususnya untuk rawatan jerawat, jeragat, sunburn, dan juga strectch mark. Frankinsence juga digunakan untuk mengekalkan kesihatan melalui penjanaan semula (regenerating) sel. Ianya juga dikatakan sebagai minyak pati awet muda. :)

Minyak pati ini turut membantu menambahkan daya tumpuan supaya lebih fokus. Selain itu ia juga dapat meningkatkan tenaga dalaman dan spirituality. Baik untuk yang mengalami masalah dalaman rohani.

Nak tahu lebih lanjut tentang Frankinsence Essential Oil, boleh hubungi saya ok ;)


Fazira Albaijure 
Independent Distributor 3680544 
#GengLemon 
Sungai Petani / Kulim, Kedah 
Whatsapp: 0164518423