Wednesday, April 20, 2016

Cara Menggunakan Minyak Pati Young Living - Aromatik (Aromatically)

Sambungan daripada entry yang lepas.

Cara Kedua - Aromatically

Aromatically adalah cara penggunaan yang sangat berkesan untuk minyak pati ini.

Ada pelbagai kaedah untuk menggunakan minyak pati menggunakan cara aromatik ini.





gambar ihsan google: Cara aromatik


Kaedah pertama - Diffuse

Kaedah ini diaplikasikan dengan menggunakan diffuser. Terdapat pelbagai jenis diffuser yang boleh digunakan, termasuk dew drop diffuser seperti dalam gambar kat bawah ni. Kita boleh memasang diffuser yang telah dimasukkan beberapa titik minyak pati, mengikut kesesuaian, pada setiap hari, di sebelah, pagi, sepanjang hari, atau sebelum tidur.

Saya suka letakkan Lavender dan Cedarwood, dan kadangkala saya campurkan sedikit Lemongrass, untuk resapan setiap malam sebelum tidur. Diffuser akan terpasang selama lebih kurang empat jam, dan terpadam sendiri bila air dalam bekas mengering. Tidur rasa sangat nyenyak dan selesa, bangun pagi pun rasa segar~


gambar ihsan google: Dew Drop Diffuser 

Kaedah kedua - Inhale

Titiskan minyak pada tapak tangan dan gosokkan perlahan kedua-dua tapak tangan. Pekapkan pada hidung dan tarik nafas dalam-dalam untuk menghidu minyak pati tersebut.

Kalau mengantuk atau sakit kepala, Peppermint adalah minyak yang sesuai untuk dihidu. Menangkap sampai ke hujung otak! Hihi. Cubalah nanti. Memang terus segar..


Kaedah ketiga - Mandian

Kita boleh memilih sama ada untuk menitikkan dua tiga titis minyak pada lantai semasa menggunakan shower panas. Semasa mandi, hidu dalam-dalam aroma minyak tersebut. Atau boleh juga menitiskan dua tiga titik minyak ke dalam tub atau kolah dalam bilik mandi. Mandi menggunakan air tersebut untuk bilasan terakhir. Lavender adalah sesuai untuk menyegarkan badan selepas seharian penat bekerja.


Kaedah keempat - Pencuci di rumah

Campuran minyak pati ke dalam bahan pencuci di rumah juga adalah sangat baik. Haruman minyak pati akan melekat di sekitar rumah dan ini akan memberikan kita pengudaraan dan persekitaran yang segar dan sihat.

Thieves adalah minyak pati yang baik untuk dicampurkan ke dalam bahan pencuci di rumah.


Kaedah kelima - Sapu pada bantal dan selimut

Sapukan sedikit minyak pada sarung bantal dan selimut supaya kita dapat menghidu secara aromatik minyak tersebut semasa tidur. Fikiran akan menjadi tenang terutamanya apabila menggunakan minyak Lavender dan Cedarwood. Cubalah, anda pasti terasa kelainannya.

Kalau ada sebarang soalan, boleh majukan kat saya terus ok ;)


No comments:

Post a Comment