Tuesday, March 29, 2016

Tentang Cedarwood



Sebenarnya saya membeli Cedarwood ni adalah atas paksaan KakSham a.k.a. KakBanker, hahaha. Pada mulanya agak skeptikal, sebab tak pernah tahu tentang Cedarwood dan apa kebaikannya. Tapi selepas lebih sebulan menggunakan minyak pati Cedarwood ni, saya rasa banyak kebaikan yang boleh kita dapatkan.

Cedarwood membantu meningkatkan daya kesedaran (awareness) dan ketajaman minda. Cedarwood juga membantu menenangkan sistem saraf dan otak. Untuk itu, kita akan berasa lebih segar dan fokus untuk bekerja. Penggunaannya adalah pada waktu pagi, seusai bangun dari tidur atau selepas mandi. Sesuai juga digunakan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah kurang fokus.

Jika digunakan untuk disapu pada pergelangan kaki dan tangan sebelum tidur, dan juga sapukan sedikit pada bantal sebelum tidur, kita akan berasa lebih segar apabila bangun pada keesokan harinya. Rasa lebih segar dan bertenaga untuk bekerja di hari baru.

Bau kayu hutan yang menyegarkan ini ternyata dapat mengurangkan kegelisahan dan menenangkan kita.

Nak tahu lebih lanjut tentang Cedarwood dan cara penggunaannya, boleh hubungi saya ok. ;)


Fazira Albaijure
Independent Distributor 3680544
#GengLemon
Sungai Petani / Kulim, Kedah
Whatsapp: 0164518423

Tentang Lavender


Lavender juga adalah antara minyak pati yang pertama yang saya beli. Tujuan asal adalah untuk suami yang susah sangat nak tidur malam. Selalu menggelisah ke kiri ke kanan, dah sampai ke subuh baru nak boleh lelap. Letih jugak kalau hari hari macam tu.

Masa mula-mula saya dapat kenalpasti dia ada masalah tidur malam tu, saya memang terfikirkan nak belikan apa apa minyak aromaterapi yang sesuai untuk penyelesaian masalah insomnia ni. Dan saya dikenalkan dengan minyak pati dari Young Living oleh Kak Sham a.k.a KakBanker dari #Jom.Oiling 

Lavender adalah minyak yang sangat versatile dan boleh digunakan untuk pelbagai lagi keperluan, seperti menenangkan minda dan tubuh badan, serta merawat luka dan kesan terbakar yang kecil. Lavender juga boleh digunakan untuk melegakan kerengsaan kulit.

Macamana saya gunakan untuk masalah insomnia suami tadi?
Saya sapukan di ibu jari kaki, tapak kaki, keting kaki, pergelangan kaki, pergelangan tangan, temple (tulang di atas kening) dan juga di atas bantal.

Saya juga tuangkan setitik dua minyak Lavender ni ke dalam tong takungan air dan gunakan untuk mandian. Juga saya gunakan untuk buatkan handmade soap untuk suami. Badan rasa lebih rileks bila mandi dengan sabun Lavender lepas seharian kerja berat. Alhamdu lillah. Nampak berkesan dan serasi dengan dia.

Awak pun boleh cuba. Boleh whatsapp saya di nombor di bawah ni untuk pertanyaan lanjut ok ;)


Fazira Albaijure
Independent Distributor 3680544
#GengLemon
Sungai Petani / Kulim, Kedah
Whatsapp: 0164518423

Monday, March 28, 2016

Tentang Lemon


Lemon adalah salah satu daripada minyak pati pertama yang saya ada, selain Lavender dan Cedarwood.

Kenapa Lemon?

Banyak kebaikan yang boleh kita dapat daripada sebiji Lemon. Tahukah anda bahawa lebih kurang 75 biji lemon digunakan untuk menghasilkan sebotol 15mL minyak pati Lemon! Memang betul-betul pati, dan terbaik.

Lemon adalah sangat baik untuk detoksifikasi. Ia guna sangat baik untuk menyegarkan minda kita supaya lebih fokus. Lemon dapat memudahkan penghadaman dan mencegah jerawat. Selain itu ia juga boleh bertindak sebagai pembersih kuman dan antiseptik.

Lemon juga merupakan penawar dan pencegah kepada pelbagai jenis penyakit seperti anemia, asma, autism, darah tinggi, selsema biasa, sembelit, demam, gout, sakit gusi, batu karang, malaria dan pelbagai penyakit lain.

Antara minyak pati yang wajib ada untuk kegunaan harian.

Saya rasa ramai yang setuju dengan saya. Kan? ;P




Fazira Albaijure
Independent Distributor 3680544
#GengLemon
Sungai Petani / Kulim, Kedah
Instagram: yleo.co
Whatsapp: 0164518423

Sunday, March 27, 2016

Young Living Essential Oil - Kesihatan Secara Alami

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai. Nama saya Min. Nama penuh: Minyak Pati. kikikii. ok melawak saja, jangan marah....

Kita mulakan sekali lagi hehe..
Saya Fazira. Ada juga yang panggil saya Sarah atau Sara.

Tujuan blog ni diwujudkan adalah untuk berkongsi maklumat tentang kebaikan dan kelebihan menggunakan minyak pati atau essential oil untuk kesihatan secara alami. Bukan hendak menongkat langit, cuma berusaha supaya jadi lebih sihat dengan tanpa memakan ubat. Mungkin kerana saya seorang yang tidak terlalu gemar makan ubat dari klinik atau hospital, jadi saya lebih suka memilih kaedah rawatan alternatif atau sebenarnya kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu penyakit melalui kebaikan minyak pati ini, untuk saya dan suami. Juga saya yakin, kaedah ini dapat membantu kedua-dua mama dan ayah saya juga, dengan izinNya, untuk kekal sihat di usia emas mereka.

Mama saya, umurnya 65 tahun Oktober nanti. Sakit lutut sakit pinggang dan letih letih itu biasa, cuma nak membantu kurangkan sakit sakit itu, inshaAllah.. Ada darah tinggi juga, jadi saya disyorkan untuk membeli dan mencuba produk Ningxia Red dari Young Living untuk itu. Masih di awal penggunaan dan belum dapat memberikan apa apa maklumbalas. Saya akan kemaskini perkembangan beliau dari semasa ke semasa.

Ayah saya, 71 tahun. Beliau menghidapi dementia sejak 5 tahun yang lalu. Semakin lama kesihatan mental beliau semakin merosot. Keadaan saraf beliau jugak semakin stiff akibat dari pemakanan ubat dan kurang bergerak, cuma duduk saja di couch, dan baring di katil. Pun begitu, secara fizikalnya, beliau sihat. Makan ok. Berak kencing pun ok. Cuma semuanya kena ada orang yang uruskan. Kami ada male nurse (baca: pembantu tanpa tauliah tapi boleh diharap) yang datang ke rumah dua kali sehari untuk uruskan mandi ayah.

Ok, ini saja dulu buat permulaan. Sebuah kisah yang diharapkan akan terus smooth dan licin saja... (sebab pakai oil kan :P) inshaAllah. Mudah-mudahan Tuhan setuju.




Fazira Albaijure
Independent Distributor 3680544 
#GengLemon
Sungai Petani / Kulim, Kedah
Instagram: yleo.co
Whatsapp 0164518423