Tuesday, March 29, 2016

Tentang Lavender


Lavender juga adalah antara minyak pati yang pertama yang saya beli. Tujuan asal adalah untuk suami yang susah sangat nak tidur malam. Selalu menggelisah ke kiri ke kanan, dah sampai ke subuh baru nak boleh lelap. Letih jugak kalau hari hari macam tu.

Masa mula-mula saya dapat kenalpasti dia ada masalah tidur malam tu, saya memang terfikirkan nak belikan apa apa minyak aromaterapi yang sesuai untuk penyelesaian masalah insomnia ni. Dan saya dikenalkan dengan minyak pati dari Young Living oleh Kak Sham a.k.a KakBanker dari #Jom.Oiling 

Lavender adalah minyak yang sangat versatile dan boleh digunakan untuk pelbagai lagi keperluan, seperti menenangkan minda dan tubuh badan, serta merawat luka dan kesan terbakar yang kecil. Lavender juga boleh digunakan untuk melegakan kerengsaan kulit.

Macamana saya gunakan untuk masalah insomnia suami tadi?
Saya sapukan di ibu jari kaki, tapak kaki, keting kaki, pergelangan kaki, pergelangan tangan, temple (tulang di atas kening) dan juga di atas bantal.

Saya juga tuangkan setitik dua minyak Lavender ni ke dalam tong takungan air dan gunakan untuk mandian. Juga saya gunakan untuk buatkan handmade soap untuk suami. Badan rasa lebih rileks bila mandi dengan sabun Lavender lepas seharian kerja berat. Alhamdu lillah. Nampak berkesan dan serasi dengan dia.

Awak pun boleh cuba. Boleh whatsapp saya di nombor di bawah ni untuk pertanyaan lanjut ok ;)


Fazira Albaijure
Independent Distributor 3680544
#GengLemon
Sungai Petani / Kulim, Kedah
Whatsapp: 0164518423

1 comment:

  1. LuckyClub Casino Site ᐈ 100% up to £100 welcome bonus
    LuckyClub Casino site offers its players the chance to win exclusive casino promotions luckyclub and a 100% welcome bonus. Register for an account and claim

    ReplyDelete