Sunday, March 27, 2016

Young Living Essential Oil - Kesihatan Secara Alami

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hai. Nama saya Min. Nama penuh: Minyak Pati. kikikii. ok melawak saja, jangan marah....

Kita mulakan sekali lagi hehe..
Saya Fazira. Ada juga yang panggil saya Sarah atau Sara.

Tujuan blog ni diwujudkan adalah untuk berkongsi maklumat tentang kebaikan dan kelebihan menggunakan minyak pati atau essential oil untuk kesihatan secara alami. Bukan hendak menongkat langit, cuma berusaha supaya jadi lebih sihat dengan tanpa memakan ubat. Mungkin kerana saya seorang yang tidak terlalu gemar makan ubat dari klinik atau hospital, jadi saya lebih suka memilih kaedah rawatan alternatif atau sebenarnya kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu penyakit melalui kebaikan minyak pati ini, untuk saya dan suami. Juga saya yakin, kaedah ini dapat membantu kedua-dua mama dan ayah saya juga, dengan izinNya, untuk kekal sihat di usia emas mereka.

Mama saya, umurnya 65 tahun Oktober nanti. Sakit lutut sakit pinggang dan letih letih itu biasa, cuma nak membantu kurangkan sakit sakit itu, inshaAllah.. Ada darah tinggi juga, jadi saya disyorkan untuk membeli dan mencuba produk Ningxia Red dari Young Living untuk itu. Masih di awal penggunaan dan belum dapat memberikan apa apa maklumbalas. Saya akan kemaskini perkembangan beliau dari semasa ke semasa.

Ayah saya, 71 tahun. Beliau menghidapi dementia sejak 5 tahun yang lalu. Semakin lama kesihatan mental beliau semakin merosot. Keadaan saraf beliau jugak semakin stiff akibat dari pemakanan ubat dan kurang bergerak, cuma duduk saja di couch, dan baring di katil. Pun begitu, secara fizikalnya, beliau sihat. Makan ok. Berak kencing pun ok. Cuma semuanya kena ada orang yang uruskan. Kami ada male nurse (baca: pembantu tanpa tauliah tapi boleh diharap) yang datang ke rumah dua kali sehari untuk uruskan mandi ayah.

Ok, ini saja dulu buat permulaan. Sebuah kisah yang diharapkan akan terus smooth dan licin saja... (sebab pakai oil kan :P) inshaAllah. Mudah-mudahan Tuhan setuju.




Fazira Albaijure
Independent Distributor 3680544 
#GengLemon
Sungai Petani / Kulim, Kedah
Instagram: yleo.co
Whatsapp 0164518423

No comments:

Post a Comment