Tuesday, April 19, 2016

Cara menggunakan Minyak Pati Young Living - Sapuan (Apply topically)

Ada pelbagai cara yang disyorkan untuk menggunakan dan mengaplikasikan minyak pati ini, bergantung kepada kesesuaian dan tujuan penggunaan.


Cara Pertama - Apply Topically

Cara yang pertama ialah topically, atau sapuan luaran. Sapuan boleh dilakukan dengan hanya menggunakan minyak pati ataupun dicampur bersama carrier oil (minyak pembawa) seperti minyak V6 (V6 vegetable oil), minyak kelapa, minyak zaitun, atau minyak jojoba.

Terdapat beberapa tempat yang sesuai untuk disapu, juga bergantung kepada tujuan penggunaan.
Sebagai contoh:

::Untuk luka-luka kecil atau kegatalan di kulit, titikkan Minyak Pati Lavender dan/atau Melrose di tapak tangan dan terus sapukan ke tempat yang bermasalah tersebut.

::Untuk penjagaan dan rawatan kulit muka, titikkan Frankinsence ke tapak tangan, ratakan, dan tekapkan perlahan lahan di muka.

:: Untuk anak-anak yang mengalami selsema, demam dan batuk, sapukan minyak pati Thieves pada tapak kaki, pergelangan kaki dan pergelangan tangan.

:: Untuk rawatan sakit lulut atau lenguh sendi kaki, sapukan minyak pati Pan Away yang telah dicampur bersama minyak V6 di sekitar tempat yang terasa lenguh tersebut, dan juga di sepanjang tulang belakang.

Dan terdapat pelbagai lagi tempat yang boleh disapu. Young Living juga menggalakkan Teknik Rain Drop (Rain Drop Technique) untuk rawatan tulang belakang. Saya akan kongsikan nanti di entry akan datang, inshaAllah. Sapuan juga digalakkan untuk dibuat pada tapak kaki yang terdapat pelbagai pusat refleksologi dengan menggunakan teknik Vita Flex, satu teknik yang sangat mudah tetapi sangat memberikan kesan.

Sedikit info tentang cara mempraktikkan teknik Vita Flex: Titikkan minyak pada hujung jari dan letakkan jari dalam keadaan rata di atas permukaan kulit. Tekan pada tekanan sederhana supaya jari dalam keadaan tegak hingga ke hujung kuku. Kemudian gerakkan (slide) tangan ke depan sejarak setengah inci. Teruskan mengulang teknik ini sehingga meliputi ke keseluruhan kawasan Vita Flex.
gambar ihsan Google: Vita Flex Technique


Selain dari itu, kita juga boleh membuat oil blend (campuran minyak) serta campuran dengan menggunakan lain-lain bahan seperti aloe vera, epsom salt, sabun, syampu, dan krim muka. Saya akan kongsikan juga beberapa resepi oil blends dan DIY beauty & health care nanti.


Cara Kedua - Aromatically

...akan disambung dalam entry yang berikutnya. ;)


Fazira Albaijure 
 Independent Distributor 3680544 
 #GengLemon 
 Sungai Petani / Kulim, Kedah 
 Whatsapp: 0164518423

No comments:

Post a Comment